Name:
Location: Singapore

active and fun.

Monday, March 27, 2006

ISU KEKELUARGAAN

Soalan no. 7

Ciri-ciri keluarga bahagia. Bincangkan.

Sebuah keluarga yang penuh dengan keharmonian dan keriangan menunjukkan bahawa kelurga itu mempunyai satu keluarga bahagia. Tidak semua orang akan mendapat peluang yang istimewa seperti ini melainkan orang yang bernasib baik sahaja.

Walaubagaimanapun pastinya terdapat ciri-ciri keluarga bahagia. Contohnya Ibu bapa sentiasa memberi perhatian dan sokongan yang sepatutnya kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak merasa kesepian atau dengan meluangkan masa bersama di tepi pantai. Perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak ataupun saudara-mara harus erat dan sentiasa berkumpul di suatu tempat supaya tiada timbulnya masalah salah faham. Namun bak kata pepatah air dicencang tiada putusnya.

Kadangkala timbul juga masalah keluarga seperti masing-masing menunjukkan belang, ada yang cemburu sesama keluarga, ada yang mempunyai perasaan hasad dengki. Semua perasaan ini harus dielakkan kerana ini bukan satu ciri-ciri keluarga bahagia. Inilah satu sebab mengapa ramai keluarga yang hancur. Jadi untuk mendapatkan keluarga yang bahagia, satu sifat yang ceria dan sentiasa mengongsi masalah boleh mengeratkan silatulrahim.

Berbalik kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Contoh-contoh yang harus di contohi adalah sesebuah keluarga itu harus kerap berkumpul. Sesekali mengunjungi negara orang lain dan mengenali tempat itu bersama supaya tiada siapa yang tertinggal. Memberi layanan yang amat istimewa di antara satu sama lain. Tidak mengabaikan tanggung jawab masing-masing. Sentiasa mengambil berat dan ambil tahu tentang kehidupan seharian di antara satu sama lain. Kadangkala masak lah makanan yang lazat dan istimewa dan berlainan dari hari yang biasa. Dengan mengajar anak-anak pelajaran sekolah dan mendidik mereka agama boleh membuatkan mereka terfikir akan Allah dan ingat akan dosa dan haram.

Selain itu, sesebuah keluarga itu harus mempunyai sifat yang penyabar dan tidak membesarkan perkara kecil . Tidak saling tuduh-menuduh atau dengki terhadap keluarga sendiri. Ini akan mengakibatkan permusuhan di antara sesebuah keluarga itu. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, semua orang harus ingat akan prinsip kehidupan masing-masing dan cuba memahaminya supaya mereka boleh menjadi 'satu kepala'.

Memang penting mempunyai prinsip kehidupan kerana ini juga satu contoh bagi ciri-ciri keluarga bahagia. Dengan adanya prinsip untuk diri kita; boleh memberi petunjuk untuk kemahuan sendiri. Bukan mementingkan diri sendiri tetapi untuk memberitahu pada diri sendiri supaya tidak terikut-ikut akan orang lain. Ini akan membuatkan orang lain faham tentang diri kita dan sentiasa saling hormat-menghormati.

Dengan adanya pemahaman bagi orang lain, seseorang itu boleh mengubah nasib masing-masing. Maksudnya, jika seseorang itu memahami perasaan orang lain maka dia akan mendapat pahala dan akan sentiasa iberi kebahgiaan. Dari itu, untuk membina keluarga bahagia, kita harus memahami perasaan di antara satu sama lain. Jangan sesekali menghancurkan perasaan orang lain kerana nanti kita juga akan menderita seperti mereka dan keluarga kita akan hancur dan tidak bernyawa lagi.

Jadi untuk dipendekkan cerita, untuk membina keluarga bahagia kita harus berdisiplin. Namun saya rasa dengan izin Allah sebuah keluarga itu akan bahagia. Insya'allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home